Iklan

lagu

Jumaat, 17 Mei 2013

Sardin Masak Kari...

Salam Semua  (^_^)v

Arini aimi nak cita pasal sardin masak kari..korang semua pernah tak makan kari sardin...aritu kawan aimi ada cerita pasal sardin masak kari... aimi rasa pelik la sbb tak pernah makan sardin masak kari..selalunya aimi masak sardin biasa2 jer.. aritu tiba2 aimi rasa nak buat... ni semua gara2 kawan aimi la dia ckp sedap sampai menjilat jari..hehe..Senang je nak masak sardin masak kari ni...
 Jom layan resepinya...

 





Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin - toskan sosnya
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang - dipotong 4 atau 6
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6
5 biji cili padi hijau (  diketuk )
2 sudu besar asam jawa diramas dengan 1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar rempah kari ikan

cara:
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan2 kisar  sehingga wangi
  • Masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • Kemudian masukkan ubi kentang dan gaulkan sebati
  • Masukkan pula air asam jawa dan kacaukan rata (boleh tambah
  • Masukkan sos ikan sardin yang ditoskan tadi
  • Masaklah sehingga ubi kentang lembut
  • Selepas itu barulah dimasukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan2 supaya ikan tidak pecah/terburai
  • Akhir sekali masukkan buah tomato, cili padi, garam dan gula secukup rasa
  • Kacaukan rata
  • Padamkan api dan sedia dihidangkan.. 
Note:
- Aimi ada letak sedikit air tak nak bagi kuah tu pekat ...kacau sebati dan terus masukkan cili padi yang diketuk ...kacau sekejap lepas tu masuklah ikan sardin tu...

Tiada ulasan: