Iklan

lagu

Rabu, 22 Mei 2013

Gulai ikan sardin


Assalamualaikum...

Arini aimi nk cita pasal Gulai ikan sardin...Aritu aimi ada post pasal kari ikan sardin..Sebenarnya kawan aimi cita pasal gulai ikan sardin...Aimi yer2 la balik umah cari resepi kari sardin..Esoknya bila aimi cita kat kawan yg aimi buat kari sardin..kawan aimi ckp bila pulak dia cita pasal kari sardin.. Klu gulai ikan sardin ada la..Kwn aimi pon pelik..Pastu dia gelak2 kan aimi..hehe..pastu dia tnya sedap x kari sardin..aimi ckp la sedap juga...Dia pon xpernah lagi rasa kari sardin...hehe

Malam tadi baru aimi buat gulai ikan sardin...sedap juga gulai ikan sardin ni..kwn serumah aimi ckp rasa mcm gulai ketam la...hehe...Jom kita tengok resepi Gulai ikan sardin ni.. Resepi ni aimi copy dari internet..







BAHAN-BAHAN :
1 tin besar ikan sardin
2-3 cawan santan pekat
2 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4-5 biji ubi kentang
2 biji tomato
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1. Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Gunakan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3. Masukkan semua ikan sardin dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.
 
Note:
* Kacau perlahan2 supaya isi ikan tidak hancur
* Jika kuah kurang masam boleh la ditambah sekeping asam keping.

Selasa, 21 Mei 2013

Bos nak g umrah


Assalamualaikum...

Opis ada buat jamuan makan kat Residence Hotel @ UNITEN...Semperna bos nak g umrah dan brithday bos..Hanya doa yang dapat saya panjatkan pada Allah agar para jemaah selamat pergi dan balik serta dapat menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan moga ibadah mereka diterimaNya. Saya harapkan mereka gembira menyahut seruan Ilahi di samping dapat memantapkan iman dalam diri.



Bos yang pakai cermin mata tu..comel kan bos saya..hehe











Ahad, 19 Mei 2013

Segmen ke 2 Bloglist 24 oleh Akupenghibur.com

Segmen ke 2 Bloglist 24 oleh Akupenghibur.com

 

http://www.akupenghibur.com/2013/05/segmen-bloglist-24-jam-oleh.html

Jumaat, 17 Mei 2013

Sardin Masak Kari...

Salam Semua  (^_^)v

Arini aimi nak cita pasal sardin masak kari..korang semua pernah tak makan kari sardin...aritu kawan aimi ada cerita pasal sardin masak kari... aimi rasa pelik la sbb tak pernah makan sardin masak kari..selalunya aimi masak sardin biasa2 jer.. aritu tiba2 aimi rasa nak buat... ni semua gara2 kawan aimi la dia ckp sedap sampai menjilat jari..hehe..Senang je nak masak sardin masak kari ni...
 Jom layan resepinya...

 





Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin - toskan sosnya
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang - dipotong 4 atau 6
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6
5 biji cili padi hijau (  diketuk )
2 sudu besar asam jawa diramas dengan 1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar rempah kari ikan

cara:
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan2 kisar  sehingga wangi
  • Masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • Kemudian masukkan ubi kentang dan gaulkan sebati
  • Masukkan pula air asam jawa dan kacaukan rata (boleh tambah
  • Masukkan sos ikan sardin yang ditoskan tadi
  • Masaklah sehingga ubi kentang lembut
  • Selepas itu barulah dimasukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan2 supaya ikan tidak pecah/terburai
  • Akhir sekali masukkan buah tomato, cili padi, garam dan gula secukup rasa
  • Kacaukan rata
  • Padamkan api dan sedia dihidangkan.. 
Note:
- Aimi ada letak sedikit air tak nak bagi kuah tu pekat ...kacau sebati dan terus masukkan cili padi yang diketuk ...kacau sekejap lepas tu masuklah ikan sardin tu...

Jumaat, 3 Mei 2013

Terima Kasih Zaza....

Assalamualaikum...

Cantik tak blog aimi..aimi nak ucapkan terima kasih kat kawan aimi sbb dia yg edit blog aimi..nama dia zaza.. dia kawan aimi masa blajar dulu...kartun tu zaza yang lukis..comel sangat2..satu lg zaza ni xkedekut ilmu...bnyk info2 yg dia ajar...terima kasih banyak2 ek zaza ajar aimi ttg selok belok dunia blog ni...bnyk lagi ilmu2 yg aimi xthu pasal blog ni..zaza pon ada blog..ni blog zaza http://sayazaza.blogspot.com/
Jom layan blog zaza >>>>> http://sayazaza.blogspot.com/

Ni header blog yg zaza buat utk aimi..Comel kan...hehe..