Iklan

lagu

Sabtu, 27 April 2013

Fakta Iguana Hijau

Anda tidak akan jumpa benda yang menarik berbanding iguana sebagai haiwan peliharaan tetapi anda harus ingat! Mereka memerlukan perhatian yang 'hebat' dan mengenal mereka akan membantu anda memberi perhatian kepada dia dan penjagaannya. Sedikit fakta yang perlu anda sedar :

1.Iguana adalah 100% vegeterians.

Kamu tidak perlu pergi ke kedai pet dan memberinya makan cacing, cengkerik atau yang bersekutu dengannya kerana iguana adalah vegeterians dan mereka hanya makan sayur dimana anda boleh ambil dari kebun dan halaman anda.


2.Iguana mudah membina perhubungan yang erat.(untuk Iguana dewasa)

Berbanding ular dan cicak, iguana adalah mesra(friendly) terhadap tuannya agak mudah,mereka juga agak selesa tidur bersebelahan pemiliknya. Mereka agak mesra pada sesiapa yang memegangnya dan membenarkan tuannya memakaikan apa jua pakaian kepadanya.


3. Iguana jangka hayatnya yang panjang.


Sebagai manusia, kita menjaga dan terikat menjadi kasih sayang kepada haiwan peliharaan kita untuk jangka masa yang lama.Hal ini kerana, kita melabur masa kita, tenaga dan duit untuk menjaganya dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik untuknya. Berita baik adalah Iguana boleh hidup selama 20 tahun, tidak seperti haiwan lain seperti tikus dan juga hamster.


4. Iguana tidak membawa/menyebabkan alergi(alah)

Tidak seperti haiwan peliharaan yang lain yang mempunyai bulu, Iguana tidak ada bulu, maka ia selamat bagi manusia walaupun manusia yang mempunyai penyakit asma tetap boleh menjaga dan merawat haiwan kesayanagnnya.


5. Iguana berguna bagi kanak-kanak

Selain menganggap Iguana sebagai persahabatn, Iguana juga boleh belajar pengalaman kepada kanak-kanak apabila mereka belajar untuk menjaga reptilia ini.

Tiada ulasan: