Iklan

lagu

Jumaat, 26 April 2013

Cara Pengendalian dan Menjinakkan Iguana




Iguana adalah jenis cicak yang unik untuk dijadikan haiwan kesayangan yang hebat, ramai pemilik terkejut dengan betapa besar saiznya, kuat dan kadangkala sedikit agresif apabila mereka mencapai kematangan. Biasa, konsisten, pengendalian secara lembut adalah sangat diperlukan untuk menjinakkan iguana, dan mengekalkan jinak itu sehingga dia dewasa.Kebiasaanya, iguana baru sedikit jinak untuk permulaan hari selepas dibawa ke rumah. Pada ketika ini, ramai yang fikir tiada masalah untuk menjinakkan iguana ini. Tetapi beberapa hari, agak terkejut apabila iguana mula menunjukkan tanda agresif nya. Ini adalah normal. Pada mulanya, iguana agak gugup dan rasa terancam di sekeliling untuk menyuaikan diri.

Sebenarnya tempoh untuk menjinakkan iguana bergantung kepada iguana itu sendiri. Kadangkala jinak sejak dari kecil tapi akan sedikit berubah apabila mencapai kematangan seksual. Menjinakkan iguana memerlukan kepercayaan, dan ia tidak akan berlaku dalam satu malam, tetapi dari masa ke semasa. Ia mungkin mengambil masa sedikt lama untuk memperoleh kepercayaan dari iguana. Jadi anda perlu bersabar dan gigih seterusnya anda akan gembira hidup bersama iguana anda.

Ambil perhatian sedikit bahawa iguana mempunyai beberapa senjata, jadi anda perhu berhati-hati. Mereka mempunyai gigi yang agak tajam, mungkin akan libas menggunakan ekornya dan mempunyai kuku yang tajam. Sekurang-kurangya anda mesti terkena sedikit cakaran apabila untuk menjinakkan mereka.

Ok sekarang langkah-langkah yang asas yang perlu diambil kira.

  1. Beri iguana anda beberapa minggu (2 minggu) menetap sebelum proses menjinakkan. Buat jadual harian untuk memberi makanan, pembersihan dan lain2 lagi. Rutin harian boleh membuatkan iguana boleh meramal dan merasa selamat. 
  2. Bercakap dengan iguana anda sebagai rutin harian, dan letakkan sangkar di mana dia boleh mengamati anda melakukan kerja harian anda. Ini membolehkan dia sedar dengan kehadiran anda selalu.
  3. Luangkan masa hanya memerhati dan bercakap dengan iguana. Gunakan nama supaya dia dapat mengiktiraf itu adalah nama dia.
  4. Letakkan tangan di dalam sangkar dan cuba mendekatinya. Lakukan dari tepi tetapi jangan dari atas kerana dia akan menganggap sebagai ancaman. Jika iguana membuat postur agresif dan mengacak keliling dalam keadaan panik, mundur seketika dan cuba lagi, sambil bercakap dengannya secara lemah lembut. Pastikan gerakkan anda perlahan dan lembut. Jika anda berhenti mencuba secara tiba2, Iguana menganggap anda sedang melatih(training) dia! Ulang langkah ini sehingga iguana boleh dipegang dengan tangan anda.
  5. Sekarang cuba ambil iguana anda. Jika dia masih kecil, mengaut sekadar bawah perut, tetapi jika besar, anda mesti menyokong kedua di bawah perut dan pinggul (bawah perut,atas ekor) sangat diperlukan. Sebelum itu, pastikan bilik anda selamat, tiada ruang kecil menyebabkan iguana akan menyorok di situ dan tempat yang boleh dipanjat seperti langsir. Hati-hati! Jika tidak, anda perlu mengejar dia untuk mendapatkan balik.
  6. Jangan cuba meletakkan iguana selagi dia belum berasa tenang. Tenangkan dia dan bercakap dengannya dengan perlahan sambil meletakkannya di bawah. Sudah tentu anda akan berakhir dengan mengejar iguana, tetapi sebaik mungkin elakkanya. Jangan sesekali pegang ekor kerana dia boleh memutuskan ekornya sebagai pertahanan!
  7. Jika iguana sudah menerima cara anda mengendalinya, anda dapat lebih responsif terhadap suasana hatinya. Tetapi jika bahasa isyarat atau tubuh menunjukkan tegang atau tidak selesa, jadi anda perlu menghormatinya.


*Tips lain
Ulang langkah2 ini dengan kesabaran. Kebiasaannya iguana susah dijinakkan kerana dia sudah menganggap sangkar itu adalah wilayah dia, langkah kedua sangat wajib dilakuakan. Anda juga boleh selalu keluarkan iguana dari sangkar setelah umur dua tahun bagi menyesuaikan bilik anda sebagai wilayah dia tetapi pastikan tiada tempat yang boleh dia melarikan diri. Cara ini bagi orang yang mahir tetapi cara ini lebih berkesan dan pantas!

Tiada ulasan: